Dewan Ulul Albab, MRSM Kota Putra.
Suasana gelap gelita.
Sadiq & Afif mengambil tempat di atas stage.
Selebihnya kecuali Zain & Sharid menyorok diluar dewan. Sesekali kedengaran bunyi tampar menampar akibat tak tertahan digigit nyamuk.
"Cikgu datang! Cikgu datang! Semua ready," arah Redza.
Senyap. Nak bernafas pon takut. Takut rancangan kami gagal.
Semua menyandar kat dinding. Rapat serapatnya. Nasib gelap. Taklah cikgu nampak.
"Aiseh, cikgu datang sini pulakkkkkkk," gumam Radhi.
"Cepatlah Sharid, Zain. Bawak cikgu masuk DB. On kan Slide show. Taktahan nyamukkk ni. Panas pulak tuu," Aisya menaip mesej.
Didalam DB, tersedia satu laptop. Keadaan sekeliling gelap. Akhirnya, Cikgu Faizal masuk ke dalam bersama Zain & Sharid. Kami bersebelas beralih tempat.
Teet teet....
Mesej masuk.
Aisya membaca " Nak siap dah slide ni cikgu tengok, readylah".
Satu, dua, tiga.....
SUPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY CG JAI!
Tidak semena-mena,
Cikgu terharu. Sedih. Tergamam kami. Hiba di hati rasanya. Tahan tahan. Jangan nangis sini.
Lama cikgu peluk Radhi. Lama. Lamaa sangat.
Macam-macam kami buat.
Selepas tuu, kitorang bagi hadiah kat cikgu. Sebab kitorang tahu cikgu suka sgt makan chocolate and every morning before morning call mesti nampak cikgu makan choki-choki ataupun milo.
So, kitorang hadiahkan cikgu 'serumah' choki-choki and frame yang ada gambar kitorang yang comel ni. Hikhiks. ><
Abaikan sebarang gangguan yang terdapat dalam gambar diatas. Then, kitorang pon makan bersama-sama. Nasi goreng kampung ada, cakes ada, marshmallows pon berlambak.
Suapkan cherry utk cikgu! |
Macam-macam yang dibualkan malam tu. Cikgu bagi amanat lah, pesanan. Esoknya exam. Hehe.
Lewat malam jugak suprise kami ni berakhir. Sangat enjoy!
Untuk cikgu yang kami sayang,
Happy Birthday! Semoga panjang umur, dilimpahi rahmat & keredhaanNya, kawin cepat-cepat! Hehe. Kami semua SAYANG GILA kat cikgu. Mintak maaf atas segala silap. Kami doakan yang terbaik buat cikgu. <3
Untuk pembaca, stay tuned for more awesome updates!
LotsOfLove,
SRC13/14
No comments:
Post a Comment
Push This to Comment